Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan Kedua Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis 2019 pada 7/10/2019
---------------------------------------
Terima kasih atas penjelasan yang sangat jelas daripada speaker dan rakan-rakan Sungai Petani, Arau dan Santubong telah bersetuju juga sama-sama membahas RUU ini dan saya bukan ahli dalam select commitee , oleh itu saya menghargai peluang ini untuk membentangkan pandangan sebagai seorang ahli parlimen terhadap Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis 2019.
Tuan speaker,
Kita sedia maklum bahawa pada tahun 2005, bekas ketua hakim negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah telah mencadangkan untuk sebuah Suruhanjaya untuk mengendalikan siasatan terhadap sebarang laporan membabitkan penyalahgunaan kuasa oleh anggota polis dan meningkatkan operasi dan pengurusan Polis Diraja Malaysia. Di bawah fasal 51 RUU ini, menyatakan bahawa EIAC (Suruhanjaya Integrasi Agensi Penguakuasaan) adalah akan dibubarkan. Sebenarnya, EIAC merangkumi kawal selia integriti 21 agensi selain daripada polis diraja Malaysia. Contohnya, Agensi Anti-Dadah , Jabatan Immigresen, Jabatan Maritime, Jabatan Alam sekitar dan sebagainya. Oleh itu, jika dibubarkan saya rasa 21 agensi yang dibawah kawalan selia EIAC ini boleh dikaji semula dan juga diserap ke dalam undang-undang Ombudsman yang dicadangkan oleh kerajaan.
Tuan Speaker,
Saya juga meneliti perundangan daripada negara lain , institusi seumpama IPCMC untuk negara commonwealth lain. Di negara “United Kingdom”juga terdapat IPCC ( Independent Police Complain Commission) dan di Hong Kong terdapat juga IPCC tetapi Independent Police Complain Council bukan Commision. Saya telah meneliti laporan IPCC England & Wales , terdapat 34,103 kes aduan kepada IPCC England dan Wales pada tahun 2016/2017 bagi IPCC Hong Kong pula nombor aduan yang dicatatkan bagi tahun 2017 ialah 3014 kes. Oleh itu, apabila kita lihat kepada contoh-contoh di “UK” dan “Hong Kong” kesnya terdapat banyak sekali. Jika Mengikut satu laporan yang dikeluarkan oleh “Home Affairs Commitee House of Common” di UK pada tahun 2013 mendapati bahawa IPCC UK dalam Bahasa Inggeris yang berbunga-bunga “Woefully Underequipped and hamstrung in achieving its original objectives. It has neither then powers nor the resources that it needs to get to the truth when the integrity of the police is in doubt” dalam contoh yang saya telah membentangkan oleh IPCC di UK tadi. Nampaknya , IPCC kurang dari segi peralatan , sumber manusia untuk mencapai objektifnya.
Pada tahun 2018, United Kingdom telah menggantikan IPCC dengan IOPC ( Independent office for Police Conduct) supaya dapat mempercepatkan prosiding dan memastikan bahawa proses itu dipermudahkan.
Persoalan saya, pokok dasar yang kita bangkitkan . Jika mengkaji model-model di UK dan Hong Kong. Samada, two-tier yang dilaksanakan oleh IOPC UK dan IPCC Hong Kong yang akan diambil menjadi iktibar. Kalau IPCMC yang bakal kita tubuhkan , kita perlu barangkali siasat kes-kes yang major dan menjadi “Oversight” body untuk kes-kes salahlaku yang kecil. Kalau kita merujuk kepada kuasa suruhanjaya fasal lima dalam RUU ini, dia bukan sahaja membuat siasatan terhadap salah laku, dalam fasal 5, 2(A) IPCMC juga menasihati kerajaan tentang kesejahteraan dan kebajikan pasukan polis. Bukan sahaja, negatif tetapi juga boleh menasihati kerajaan tentang pasukan polis. Bahagian (B) IPCMC juga boleh membuat lawatan kemana-mana tempat dan premise seperti balai polise, rumah kakitangan polise, lokap. Apabila lawatan-lawatan sebegini dibuat. IPCMC boleh mengangkat isu-isu kebajikan anggota polis kita kepada kerajaan. Saya melihat trend antarabangsa untuk menjaga imaj dan juga integriti polis. Tajuk RUU ini , kalau di UK telah pun dipanggil IOPC (Independent Office Police Conduct ) lebih neutral dan tidak fokus kepada salah laku. Model UK ini patut kita pelajari , kerana mereka juga boleh mengangkat masalah pihak polis kepada pihak kerajaan.
Tuan Speaker,
Anggota IPCMC , Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat yang berhormat Perdana Menteri melantik tidak lebih daripada 10 anggota suruhanjaya. Saya ingin hendak memberi cadangan kepada pihak kerajaan untuk melantik ahli-ahli daripada pelbagai latar belakang dari semenanjung dan Sabah Sarawak. Kerana apabila saya meneliti ahli-ahli suruhanjaya pasukan polis yang ditubuhkan di bawah perkara 140 (3) perlembagaan persekutuan . Kesemuanya lelaki, saya faham mungkin barangkali terdapat “limited” candidate tetapi untuk IPCMC daripada pelbagai latar belakang lelaki, perempuan dan pelbagai kaum. Ini adalah penting untuk menggambarkan imej IPCMC.
Tuan Speaker , merujuk kepada Seksyen 30(1) Suruhanjaya boleh memulakan penyiasatan dengan initiative sendiri oleh IPCMC. Boleh menggambarkan kebebasan untuk melakukan siasatan.
Di kawasan saya Parlimen Bukit Bendera terdapat 5 buah Balai Polis iaitu Balai Polis Pulau Tikus, Tanjung Tokong, Batu Ferringhi, Kampung Baru, Bukit Bendera dan satu pasukan FRU Unit 3. Saya sendiri telah melawat balai-balai tersebut dan mendapati banyak perkara yang harus di naik taraf. Saya meminta juga budget dan juga resources ini termasuk daripada segi peralatan, kuaters anggota polis dan infrastrukur balai. Saya berharap pihak kerajaan, terutamanya kementerian dalam negeri boleh memberikan lebih perhatian terhadap kebajikan anggota polis dan saya rasa ini adalah satu usaha dan niat yang baik untuk meningkatkan lagi imaj dan juga integriti polis diraja Malaysia.
Tuan Speaker,
Sebagai kesimpulan yang penting , pada pandangan saya . Kewibawaan Pihak Polis bergantung kepada kewibawaan kerajaan dan pemimpin kerajaan. Sekiranya, pihak kerajaan yang “Corrupted” dan tidak “Competent” yang kuku besi maka imej pihak polis juga akan terjejas kerana mereka haruslah menjalankan undang-undang dan menjadi alat pihak kerajaan. Pihak kerjaan haruslah menjalankan polisi yang baik dan jujur dan menjaga kebajikan polis. Pihak Polis akan menjalankan tugas dengan baik dan lebih berintegriti. Dengan itu, saya mencadangkan supaya RUU ini dibawa kepada jawatan khas yang kita tubuhkan supaya seksyen-seksyen boleh diberikan perhatian yang lebih serius.
No comments:
Post a Comment